Agenda Tersembunyi BERSIH

BERSIH dan Gerakan Anti-Islam

 

Sejak dari awal lagi, ramai yang beranggapan, gerakan BERSIH ini mempunyai agenda yang tersembunyi. Ramai yang beranggapan, ini merupakan agenda untuk melemahkan penguasaan orang Melayu terhadap Malaysia disamping mahu mempersoalkan hak agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Bagi para pentaksubnya, kenyataan seumpama ini pantas dinafikan mereka. Mereka menyifatkan, kenyataan seumpama ini hanyalah bersifat politik yang mahu memburukkan gerakan BERSIH semata-mata. Namun, pada 2007, sewaktu BERSIH mula melancarkan himpunan pertama mereka, ramai yang tidak sedar bahawa Datuk S Ambiga telah menggariskan, 14 tuntutan yang patut dibuat di Malaysia.

 

Mari kita saksikan kesemua 14 tuntutan yang telah digariskan oleh Ambiga ini.

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam, tidak seharusnya terus menjadi orang Islam. Ini kerana, apabila anak berkenaan sudah dewasa, dia berhak untuk menentukan apakah agama yang mahu dianutinya, sesuai dengan hak kebebasan manusia yang diguna pakai di seluruh dunia.

2. Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali semula kepada agama asal mereka.

3. Sebarang kes pertukaran agama Islam kepada bukan Islam, tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah. Ianya mesti dikendalikan oleh mahkamah sivil, sama seperti kes-kes yang lain.

4. Tiada keperluan untuk Jabatan Pendaftaran Negara mahupun kerajaan untuk mencatatkan di dalam Mykad seseorang rakyat Malaysia yang menganut agama Islam bahawa dia adalah beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak semestinya perlu menganut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Manakala orang Islam hendaklah dibenarkan keluar Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam, tidak patut diberikan hak penjagaan anak, kecuali jika mereka memilih untuk mengekalkan agama asal mereka.

7. Orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam, hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan bantuan kewangan dalam menyelenggara masjid-masjid di Malaysia.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidan boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam termasuk kalimah Allah dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bible dalam bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia dibenarkan untuk diedarkan secara terbuka tanpa sebarang sekatan.

11. Pelajaran agama untuk bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar dan dibenarkan di semua jenis sekolah tanpa sebarang sekatan.

12. Program-program berunsur Islamik dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan atau dalam erti kata lain, ianya mesti disekat. Manakala program dakwah agama lain selain Islam pula dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing bagi menghormati rakyat yang berbilang kaum.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan. Manakala wang zakat sepatutnya digunakan juga untuk kebajikan orang-orang bukan Islam.

14. Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama rakyat Malaysia seperti dalam soal berpakaian kepada pelajar sekolah. Ianya harus terbuka dan tidak hanya mementingkan Islam semata-mata.

Lihatlah agenda yang diperkenalkan oleh Ambiga menerusi BERSIH. Cukup menghairankan, bagaimana ada dikalangan penyokong BERSIH dari umat Islam boleh dengan sewenang-wenangnya menyokong semua tuntutan yang dibuat oleh Ambiga pada tahun 2007 yang hari ini kekal sebagai salah satu idealogi tuntutan BERSIH.

Lebih menyedihkan, kerajaan yang selama ini berusaha keras memartabatkan Islam di Malaysia dicemuh dan dihina hanya disebabkan idealogi BERSIH dan pembangkang. Adakah ini yang menjadi dokongan penyokong dan pemimpin pembangkang terutamanya parti serpihan UMNO, PPBM yang telah menyuarakan komitmen mereka menyokong BERSIH?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!